Marsis Pantai Timur Merupakan Salah Satu Cawangan Bagi  Marsis yang Berpusat Di Kuala Lumpur. Tujuannya Hampir Sama dan  Matlamatnya Juga Serupa. Iaitu Untuk Menjaga Kebajikan Mahasiswa/wi  Sabah Secara Khususnya Dan Juga Sarawak Tidak Ketinggalan Seluruh IPTA  & IPTS di Pantai Timur Merangkumi Kelantan, Terengganu Dan  Pahang.
MPT juga merupakan cetusan idea rentetan daripada Program Jaulah  Pimpinan Marsis Pusat yang telah Turun Padang Ke IPTA/IPTS Di Negeri  Kelantan Khususnya untuk memperkenalkan Marsis itu sendiri. Rentetan  daripada itu, pihak KIAS dan KIST bersatu dan bekerjasama untuk menyahut  seruan Marsis Pusat Untuk menjadi tulang belakang kepada penubuhannya  MPT ini. Selain itu, KIST dan KIAS tidak berduaan apabila Kami juga  dibantu oleh Beberapa orang kuat dari UMP pahang dan  UNISZA Terengganu. Moga-moga keahlian Bagi MPT ini akan Berkembang dan akan  tertubuhnya secara rasmi dalam masa yang terdekat. InsyAllah....
Sebenarnya Marsis di kelantan telah lama wujud, dan cadangan untuk  mengembangkan lagi Marsis nie mungkin juga telah berjalan sebelum  ini. Namun Aura itu kian Hilang apabila satu-persatu tonggak   Marsis Di Kelantan Khususnya telah meninggalkan negeri tersebut untuk  meneruskan Perjuangan Mereka, dan Tinggal hanya beberapa orang yang di  ibaratkan hidup segan mati x mahu. oleh ituMarsis kelihatan  tenggelam timbul seolah-olah kehilangan hala tuju....
Tidak  dinafikan ada juga ahli-ahli marsis di kelantan cuba menhidupkan nya  kembali, namun mendapat pelbagai rintangan dan dugaan untuk  menghidupkannya semula. kalau dulu Marsis kelantan ini berpusat di  UM Nilam Puri. Kemudian perjuangan itu di teruskan di UMK, dan juga  tidak ketinggalan di KIST. namun perjuangan tidak pernah  berakhir, dan Akhir Sekali Usaha ini tetap diteruskan agar Marsis  tidak terus Berkubur....Dan kebajikan Mahasiswa/wi Sabah terjaga...
InsyAllah....
Bagi Mana-mana IptA/IPTS yang ada di kelantan Kami   masih lagi mencari wakil-wakil dari seluruh IPTA/IPTS di kelantan yang  berasal dari sabah untuk turut serta bersama kami untuk menubuhkan MPT  agar ianya dapat direalisasikan. Anda bolehlah terus menghubungi kami  di dalam Group, ataupun berjumpa dengan mana-mana Wakil antara kami. InsyaAllah kami memerlukan Kamu semua bersama kami.
Bagi Pimpinan Marsis senantiasalah Memberikan Teguran, Tunjuk Ajar Kepada  Kami serta nasihat supaya kami tidak terpesong daripada apa yang  dilandaskan dalam Al-Quran Dan Sunnah. Sesungguhnya perkongsian  Pengalaman serta Ilmu Daripada kalian Amatlah Kami perlukan untuk  Digunakan bagi kami di sini..... 
Dan Semoga Dengan Penubuhan  Group Ini, Kita Dapat Berkongsi Permasalahan, Pendapat Dan Idea Sambil  Kita Mengeratkan Silaturrahim Antara Kita Semua......
WaAllahualam....
antara kebodohan atau keegoaan.
10 years ago


