Bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi dengan limpahan nikmat iman dan islam yang ada dalam diri kita masing-masing. Dengan nikmat islam dan iman yang kita ada itulah buat bekalan kepada kita untuk persediaan di akhirat kelak. InsyAllah moga-moga ana doakan kepada rakan-rakan sahabat sahabiah serta seluruh warga blog ini agar sentiasa merasa syukur dengan nikmat iman dan islam yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita.
Bersempena tarikh 14 Februari 2012, ana rasa terpanggil untuk menyatakan pendirian ana tentang tarikh ini. Ana rasa semua mungkin sudah sedia maklum disebalik tarikh 14 febuari ini. Sebenarnya kenapa perlunya kita agung-agungkan serta ternanti-nantikan dengan tarikh 14 Februari ini?? Sedangkan setiap hari setiap detik merupakan saat bahagia bersama keluarga serta insan tersayang. Banyak persoalan-persoalan yang timbul, anataranya Apakah itu Valentine Day yang dikaitkan dengan tarikh ini bertepatan dengan apa yang bakal ana bahaskan serba sedikit. Mungkin tidak banyak perkongsian ana dapat nyatakan, kerana mungkin ana bukan orang yang sepatutnya menjadi tempat rujukan berikutan banyak lagi ilmu-ilmu yang perlu ana dalami. Namun demikian, ana rasa terpanggil untuk memberi pendirian ana tentang Hari Valentine Day disebabkan Ramai Mahasiswa/Mahasiswi anak muda kita tersangat ternanti-nanti tarikh 14 Februari. Bahkan ada yang siap menempah hotel, menempah restoran, membeli hadiah, menempah tiket wayang dan pelbagai lagi. Semata-mata kerana tidak sabar untuk menyambut Hari Valentine Day yang di kaitkan dengan Hari Kekasih..
Sahabat Sahabiah sekalian,
Kalau kita renung-renungkan, dalam islam tidak pernah ada istilah hari kekasih, dan sesungguhnya Islam melarang umatnya mendekati zina dan melarang sama sekali hubungan yang luar nikah atau lebih di kenali dengan istilah 'KAPEL". Yang ini menyebabkan ana rasa terpanggil untuk menyatakan serba sedikit ilmu yang ada untuk kita sama-sama kongsikan di ruangan ini. InsyAllah.
Sahabat Sahabiah yang di redhai Allah Sekalian,
“Kenapa sambut valentine tu haram ? kan valentine tu hari untuk kita tunjukkan yang kita sayang kekasih kita..”
sahabat ayuh renungkan ayat Al-Quran surah Al-Isra' ayat 32 yang mafhumnya:
"Dan janganlah kamu mendekati zina, zina itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk"
Sambut Valentine tu haram sebab, kalau kita lihat bahawa sejarah valentine itu langsung tidak ada kaitan dengan sejarah Islam. Kita sebagai seorang muslim wajib menjadikan gaya hidup Islam itu sebagai gaya hidup seharian kita. Kita pun setiap tahun telah didedahkan tentang asal-usul valentine, dan sewajarnya kita sebagai seorang pelajar Islam untuk mengkaji setiap ilmu yang kita dengar sehingga sohih hujung pangkalnya barulah kita boleh ikuti atau amalkan.
Suka saya memperingati bahawa zaman Rasulullah SAW langsung tidak ada sambutan hari kekasih ini. Hari kekasih adalah hari-hari..kekasih kita adalah Allah, Rasulullah SAW, dan keluarga kita, juga sahabat handai kita. Kita berkasih juga atas rantaian ukhuwwah fillah, bukan atas dasar nafsu semata! Padahal kemungkinan, kenyataan tentang kisah Valentine ni adalah rekaan barat semata-mata! Walaupun belum ada sumber yang kukuh tapi boleh jadi, kerana musuh-musuh Islam tidak pernah tidur daripada terus menyerang Islam.
Saban hari akan ada sahaja kes-kes pembuangan bayi, dan saya yakin sambutan valentine day ini juga salah satu punca penyebab pembuangan bayi yang tidak berdosa. Yang dibuang merata-rata, ada yang diratah anjing, malah lubang tandas juga sasaran bagi manusia-manusia kejam ini. Oleh itu, sama-samalah kita menyekat dan memperingati sahabat-sahabat kita di luar sana dan di dalam sini dan meyebarkan tentang mudharat sambutan valentine ini.
Ianya boleh dikukuhkan dengan hadith Nabi SAW ini,
"Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka."
InsyAllah sahabat sekalian marilah sama-sama kita ambil iktibar dan akibat sekiranya kita terus membiarkan mahasiswa/wi di luar sana berterusan dengan kehidupan budaya songsang ini. Sudah tentu makin parah Malaysia negara kita yang tercinta ini. Sudah pasti akan bertambah jumlah anak luar nikah di Malaysia Khususnya. Nauzubillah min zalik... Mohon doa semua sahabat-sahabat semua agar kita semua terhindar dari gejala songsang ini dan moga-moga sama-sama kita memberi pencerahan kepada mahasiswa/wi di luar sana supaya dapat memahami dengan lebih mendalam tentang larangan menyambut Valentine Day. Sarana ana rujuklah mana-mana ust mahupun ustzh supaya mendapat maklumat yang lebih jelas lagi.. InsyAllah...Apapun sahabat semoga sedikit coretan yang tidak seberapa daripada ana sama-sama kita jadikan sebagai tauladan dan pengajaran agar kita dapat beringat sesama kita. Apa yang buruk itu datangnya daripada diri ana dan yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T.
Wallahualam.....
Salam Marsis Sekalian....
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete