Wednesday 18 July 2012

Roadshow @ Ramadhan


ALLAHUMMA BALLIGHNAA RAMADHAN...

MARHABAN YA RAMADAN~



Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Allah memberikan kita peluang untuk bertemu Ramadhan lagi pada tahun ini.. Semoga dengan kehadiran Ramadhan, bulan yang penuh berkat dapat kita manfaatkan sepenuhnya dengan kebaikan dan amalan yang istiqamah..

Dalam kesempatan ini, Marsis Cawangan Pantai Timur akan mengadakan satu program khas sempena Ramadhan iaitu "ROADSHOW at RAMADHAN" yang inshaAllah akan diadakan pada ketetapan yang dinyatakan dalam poster di atas.

Sama2 memeriahkan bulan suci Islam..
dan Selamat Berpuasa~


"SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA RAMADHAN DAN SELAMAT BERAMAL"

Tuesday 24 April 2012

KEHIDUPAN BAHAGIA DALAM DUGAAN



 

Hidup..
Penuh Dugaan..
Penuh Ujian..
Hidup..
Tak lekang dari cobaan..
Melahirkan airmata hamparan..
Hidup..
Dalam kegelapan..
Teraba-raba mencari kebenaran..
Hidup..
Dalam kesenangan..
Berlumba-lumba mengejar kemewahan..

Lalu di manakah terletaknya kebahagiaan hakiki??
Yang dapat menyelamatkan diri insani..
Dari ditenggelami kehidupan duniawi..
Lalu di manakah kekuatan??
Untuk bisa meneruskan perjalanan..
Di dalam kesesakan dugaan dalam kehidupan..

~Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.
(Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi)

ALLAH SWT berfirman…
ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”
( Al baqarah :286 )

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,.”(Al Baqarah 155)

Subhanallah.. Alhamdulillah…AllahuAkbar
Kini aku mengerti..
Setiap yang terjadi ada hikmah tersendiri..
Allah uji tanda sayang..
Aku harus kuat dan sabar..
Kerna aku pasti…
Akan ada perkara lebih baik menanti…
Ingatlah.. Apa yang ditetapkan Allah untuk kita itulah yang terbaik!.
WALLAHU’ALAM ^____^


Sumber : myibrah.com


Thursday 5 April 2012

SI-SOPAK, SI-BOTAK DAN SI-BUTA



Assalamua'laikum wbt... entry kali ni adalah sebuah kisah yang insyaALLAH dapat memberi pengajaran kepada kita... selamat membaca :)
      
Pada suatu hari Allah memerintahkan malaikat bertemu dengan tiga orang Bani Israil. Ketiga-tiga mereka cacat; seorang botak, seorang sopak dan seorang lagi buta. 
Malaikat yang menyamar seperti manusia itu bertanya si-sopak "Jika Allah hendak kurniakan sesuatu untuk kamu, apakah yang kamu mahu?" Si-sopak menjawab,
             "Saya mahu kulit saya sembuh seperti biasa dan diberi kekayaan yang banyak." Dengan takdir Allah, kulitnya kembali sembuh dan dikurniakan rezeki yang banyak.
 Kemudian malaikat bertanya si-botak soalan yang sama. Si-botak menjawab, "Saya mahu kepala saya berambut semula supaya kelihatan kacak dan diberikan harta yang banyak." Tiba-tiba, dengan kurnia Allah si-botak itu kembali berambut dan diberikan harta yang banyak. 
Selepas itu malaikat bertanya si-buta pertanyaan yang sama. Si-buta menjawab, Saya hendak mata saya dicelikkan semula dan diberikan harta yang banyak." Dengan takdir Allah, mata si-buta menjadi celik dan dikurniakan kekayaan yang melimpah. 
Selang beberapa bulan, Allah memerintahkan semula malaikat untuk berjumpa dengan ketiga-tiga orang cacat itu. Kali ini malaikat menyamar sebagai peminta sedekah. Dia berjumpa dengan orang pertama yang dulunya sopak dan meminta sedikit wang.
'Si-sopak' itu tidak menghulurkan sebarang bantuan malah mengherdik malaikat. Malaikat berkata, "Saya rasa saya kenal kamu. Dulu kamu sopak..dan miskin. Allah telah menolong kamu." Si-sopak tidak mengaku. Dengan kuasa Allah, si-sopak yang sombong itu bertukar menjadi sopak semula dan bertukar menjadi miskin. 
Kemudian malaikat berjumpa dengan si-botak yang telah menjadi kaya dan berambut lebat. Apabila malaikat meminta bantuan, si-botak juga enggan membantu, malahan dia tidak mengaku bahawa dia dulu botak. Oleh sebab sombong dan tidak sedar diri, Allah menjadikan kepalanya botak semula dan bertukar menjadi miskin. 
Malaikat berjumpa dengan orang buta yang telah diberikan penglihatan. Apabila malaikat meminta bantuan, si-buta memberikan keseluruhan hartanya dan berkata, "Ini semua harta pemberiaan Allah. Ambillah kesemuanya. Mata saya yang kembali celik ini adalah lebih berharga daripada kesemua harta ini."
Malaikat tidak mengambil pemberian itu. Dia memberitahu bahawa dia adalah malaikat yang pernah datang dulu. Kedatangannya kali ini ialah untuk menguji siapa di antara mereka bertiga yang bersyukur. 
Si-buta yang bersyukur itu terus dapat menikmati kekayaan dan penglihatannya. Manakala si-sopak dan si-botak kekal dengan keadaannya yang asal. 
               
MORAL & IKTIBAR 


Allah mengurniakan kesenangan dan keselesaan adalah sebagai ujian untuk melihat siapakah di antara mereka yang bersyukur  Manusia yang bersyukur Allah akan tambah kurniaan sebaliknya manusia yang kufur akan diazab oleh Allah Manusia seringkali lupa daratan apabila diberikan kemewahan dan kesenangan Sangat sedikit hamba Allah yang bersyukur Siapa yang tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah Allah memberi kurnia kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menarik nikmat daripada siapa sahaja yang dikehendakiNya Sifat syukur adalah satu sifat yang terpuji, sebaliknya kufur (kufur nikmat) adalah sifat yang dicela oleh Allah.  


Friday 23 March 2012

Jom Top-up Ilmu !!!






Ilmu yang sebenar membawa takut kepada Allah. Jika tidak, itu sekadar maklumat. Untuk menukar maklumat menjadi ilmu... perlu amal. Amal perlu mujahadah.

Mujahadah itu 'perang dalam diri' yang siksa dan menyakitkan.
Namun, setelah beberapa lama... bisa akan bertukar biasa. Biasa akan menjadi manis... Dan akhirnya kita menjadi mujahid kebenaran!

Mujahadahlah, lebih baik kita 'sakit' kerana menempuh taat daripada sakit menempah maksiat..♥

Hizbullah dan Hizbusyaitan sama-sama menempuh kesusahan kerana dunia memang negara ujian... untuk pendukung kebenaran dan pendukung kebatilan.

Wallahua'lam..

Sumber : Pahrol Mohd Juoi.. 


Monday 19 March 2012

Sudikah awak menjadi isteri kedua saya?




 


“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fulanah mula sebak.

“Tak. Maksud saya…”

“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fulanah dengan kasar.

“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ‘Fulanah’ di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.

Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya yang berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang Muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. 

Sudah terlalu ramai Muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian.

Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fulanah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.
Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa.

 Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun.

Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti.

 Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.
“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.

“Err, err, betul ke ni?!” tergagap Fikri apabila menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.
“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. 

Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. 

Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.
“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang. Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut hati kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, menghadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya. “Siapa nama isteri pertama abang?”

Nusaibah sangat berdebar. Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan!! " jawab Fikri.

Sunday 18 March 2012

Menanti Tanda-tanda Kekuasaan Allah di Akhir Zaman


  

"Pada hari datangnya sebagian tanda-tanda Rabb-mu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah: ‘Tunggulah oleh kalian sesungguhnya kamipun menunggu (pula)’." (Al-An’am: 158)
Penjelasan Makna Ayat
Asy-Syaikh Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di rahimahullahu berkata:
"Pada hari datangnya sebagian dari tanda-tanda kekuasaan Rabbmu, yang merupakan kejadian yang luar biasa, yang dengannya diketahui bahwa kehancuran telah demikian dekat, dan kiamat tidak lama lagi. Maka tidak bermanfaat keimanan dari satu jiwa yang sebelumnya tidak beriman atau yang belum membuahkan kebaikan dalam keimanannya, yakni apabila telah dijumpai sebagian tanda-tanda kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka tidak bermanfaat keimanan seorang yang kafir apabila dia hendak beriman.

Tidak pula bermanfaat bagi seorang mukmin yang kurang beramal untuk semakin bertambah keimanannya setelah itu. Namun yang bermanfaat bagi dia adalah keimanan yang dia miliki sebelum itu serta kebaikan yang dia miliki yang diharapkan (bermanfaat) sebelum datangnya sebagian dari tanda-tanda tersebut. Dan hikmah dari semua itu jelas, di mana keimanan yang mendatangkan manfaat adalah keimanan terhadap perkara yang ghaib, dan merupakan pilihan dari seorang hamba (untuk beriman).

Adapun bila tanda-tanda kekuasaan tersebut telah nampak, maka telah menjadi perkara yang disaksikan (bukan ghaib), sehingga keimanan tidak lagi berfaedah. Sebab, hal tersebut menyerupai keimanan yang terpaksa. Seperti keimanan orang yang tenggelam, yang terbakar, dan orang-orang semisalnya yang apabila telah melihat kematian, dia pun berusaha melepaskan apa yang dahulu dia yakini. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
"Maka tatkala mereka melihat adzab Kami, mereka berkata: ‘Kami beriman hanya kepada Allah saja dan kami kafir kepada sembahan-sembahan yang telah kami persekutukan dengan Allah.’ Maka iman mereka tiada berguna bagi mereka tatkala mereka telah melihat siksa Kami. Itulah sunnah Allah yang telah berlaku atas hamba-hamba- Nya. Dan di waktu itu, binasalah orang-orang kafir." (Ghafir: 84-85)

Dan banyak hadits shahih dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang menerangkan bahwa yang dimaksud dengan sebagian dari ayat-ayat Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah terbitnya matahari dari tempat terbenamnya. Dan di saat manusia melihatnya, maka mereka pun beriman. Namun keimanan mereka tidaklah bermanfaat dan telah tertutup pintu taubat atas mereka. Tatkala ini merupakan janji yang dinanti terhadap orang-orang yang mendustakan Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan mereka beserta para pengikutnya menantikan kehancuran dan musibah, maka Allah Subhanahu wa Ta’ala menyatakan: ‘Katakanlah: tunggulah (munculnya salah satu dari tanda tersebut), sesungguhnya kami termasuk orang-orang yang menunggunya,’ sehingga kalian akan mengetahui siapa di antara kita yang lebih berhak mendapatkan keselamatan. " (Taisir Al-Karim Ar-Rahman)

Al-Qurthubi rahimahullahu berkata:
"Para ulama berkata:
‘Tidak bermanfaatnya keimanan seseorang di kala terbitnya matahari dari tempat terbenamnya, karena telah masuk ke dalam hati mereka perasaan takut yang melenyapkan setiap syahwat hawa nafsunya dan melemahkan setiap kekuatan dari kekuatan tubuhnya. Sehingga, manusia seluruhnya beriman karena mereka yakin akan dekatnya hari kiamat.

Seperti keadaan orang yang mendekati kematian, yang memutuskannya dari berbagai dorongan melakukan perbuatan maksiat serta melemahkan tubuh-tubuh mereka. Barangsiapa bertaubat dalam keadaan seperti ini tidaklah diterima taubatnya, seperti tidak diterimanya taubat orang yang mendekati kematian.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
"Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala menerima taubat seorang hamba selama nyawa belum sampai ke tenggorokan. " (HR. At-Tirmidzi dan Ahmad dari Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, dihasankan Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ no. 1903)
Yaitu, selama ruhnya belum sampai ke ujung tenggorokan. Waktu itu merupakan saat di mana seseorang melihat secara langsung tempatnya di dalam surga atau neraka. Maka orang yang menyaksikan terbitnya matahari dari tempat terbenamnya juga seperti itu (keadaannya) .

Oleh karenanya, sepantasnyalah setiap orang yang telah menyaksikan peristiwa tersebut atau yang memiliki hukum yang sama dengan yang menyaksikannya, taubatnya tertolak selama hidupnya. Sebab ilmunya tentang Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Nabi-Nya Shallallahu ‘alaihi wa sallam serta janji-janji- Nya telah menjadi sesuatu yang terpaksa." (Tafsir Al-Qurthubi)

Ibnu Katsir rahimahullahu juga mengatakan:
"Jika seorang kafir menampakkan keimanannya pada saat itu, maka tidak diterima darinya. Adapun bila dia seorang mukmin sebelum hari itu, jika dia baik dalam beramal, maka dia dalam kebaikan yang besar. Namun jika dia mengotori (imannya), lalu dia bertaubat saat itu, maka tidak diterima taubatnya." (Tafsir Ibnu Katsir)
Tertutupnya Pintu Taubat

Ayat yang mulia ini menjelaskan tentang akan munculnya suatu waktu di mana Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak lagi menerima taubat orang-orang yang hendak bertaubat di masa itu. Yaitu di kala terbitnya matahari dari tempat terbenamnya, yang menandakan akan berakhirnya zaman dan bangkitnya hari kiamat.

Di antara dalil-dalil yang menunjukkan tentang penafsiran sebagian tanda-tanda kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta’ala bahwa yang dimaksud adalah tanda-tanda hari kiamat yang besar tersebut, adalah hadits yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim rahimahullahu dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
"Ada tiga perkara yang jika telah muncul maka tidak bermanfaat keimanan seseorang yang tidak beriman sebelum munculnya atau dalam keimanannya tidak membuahkan kebaikan; Terbitnya matahari dari tempat terbenamnya, (munculnya) Dajjal, dan (keluarnya) daabbah (binatang melata yang berdialog dengan manusia dan memberitakan kepada mereka akan dekatnya hari kiamat)." (HR. Muslim, Kitabul Iman, Bab Az-Zaman Al-Ladzi la Yuqbalu fihi Al-Iman, 1/158)

Diriwayatkan juga oleh Al-Bukhari dan Muslim dari hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
"Tidak tegak hari kiamat hingga matahari terbit dari tempat terbenamnya. Apabila telah terbit demikian, dan manusia telah melihatnya maka merekapun beriman. Dan itu merupakan hari yang tidak bermanfaat keimanan bagi satu jiwa, yang dia tidak beriman sebelumnya atau tidak menghasilkan kebaikan pada keimanannya. " (HR. Al-Bukhari no. 4359 dan Muslim, 1/157)
Diriwayatkan juga dari Shafwan bin ‘Assal radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberitakan:
"Bahwa Allah Subhanahu wa Ta’ala membuat sebuah pintu taubat di sebelah barat yang luasnya sejarak perjalanan 70 tahun, yang tidak akan ditutup selama matahari belum terbit dari tempat tersebut. 

Dan itulah maksud dari firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
‘Tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman…’."(HR. At-Tirmidzi no. 3536, dan beliau menshahihkannya serta dihasankan Al-Albani rahimahullahu)
Al-Imam Muslim rahimahullahu juga meriwayatkan dari hadits Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu ‘anhuma bahwa ia berkata: ‘Aku telah mendengar dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam satu hadits yang tidak aku lupakan. Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
‘Sesungguhnya tanda hari kiamat yang paling pertama keluar adalah terbitnya matahari dari tempat terbenamnya’."

Juga diriwayatkan dari hadits Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda pada suatu hari: "Tahukah kalian ke mana perginya matahari ini?" Mereka (para sahabat) menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Beliau mengatakan: "Sesungguhnya dia pergi ke tempat menetapnya di bawah ‘Arsy, lalu dia merendahkan diri sambil sujud. Senantiasa dia dalam keadaan demikian hingga dikatakan kepadanya: ‘Terbitlah dari tempat yang engkau kehendaki.’ Dia pun terbit dari tempat biasanya terbit.

Lalu dia terus berjalan, dalam keadaan manusia tidak terkejut sedikit pun akan hal itu. Sampai dia kembali berhenti lalu merendahkan diri sambil sujud di tempat menetapnya di bawah ‘Arsy.
Dan manusia tidak terkejut sedikit pun dari hal itu. Lalu dikatakan kepadanya: ‘Terbitlah dari tempat terbenammu!’ Lalu terbitlah dia dari tempat terbenamnya. " Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: "Tahukah kalian hari apa itu?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Beliau menjawab: "Itu adalah hari yang tidak bermanfaat keimanan bagi satu jiwa yang tidak beriman sebelumnya atau keimanan yang padanya tidak menghasilkan kebaikan." (HR. Muslim, 1/159)

Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullahu berkata:
"Ini merupakan riwayat-riwayat yang saling menguatkan yang sepakat menunjukkan bahwa jika matahari terbit dari tempat terbenamnya, tertutuplah pintu taubat dan tidak terbuka lagi. Dan hal tersebut tidak dikhususkan pada saat hari terbitnya (dari tempat terbenamnya saja), namun terus berlanjut hingga hari kiamat." (Fathul Bari, 11/354)
Pengingkaran Ahlul Bid’ah tentang Kejadian Ini

Seluruh riwayat ini menunjukkan bahwa kejadian ini pasti akan terjadi di akhir zaman. Dan tidak ada yang mengingkarinya kecuali dari kalangan ahlul bid’ah, seperti Khawarij dan Mu’tazilah.
Al-Qurthubi rahimahullahu berkata dalam Tafsir-nya setelah beliau menyebutkan hadits-hadits tentang tanda-tanda hari kiamat tersebut:
"Ini semua telah didustakan oleh kaum Khawarij dan Mu’tazilah." Lalu beliau menyebut atsar ‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu bahwa beliau berkata: "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya rajam itu benar, maka janganlah kalian tertipu. Dan hujjah yang menunjukkan hal tersebut bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menegakkan rajam, dan Abu Bakr pun telah merajam, dan sesungguhnya kami pun telah melaksanakan rajam setelah mereka berdua.

Dan akan muncul satu kaum dari kalangan umat ini yang akan mendustakan rajam, mendustakan Dajjal, mendustakan terbitnya matahari dari tempat terbenamnya, mendustakan adanya siksa kubur, mendustakan syafaat, mendustakan kaum yang keluar dari neraka setelah mereka hangus terbakar." (Diriwayatkan Abdurrazzaq dalam Al-Mushannaf, 7/13364, Ahmad, 1/23. Namun dalam sanadnya ada seorang perawi yang bernama ‘Ali bin Zaid bin Jud’an, dia lemah karena hafalannya yang buruk)
Ibnu Abdil Barr rahimahullahu juga berkata dalam kitabnya At-Tamhid (23/98) setelah menyebutkan atsar ini:
"Seluruh Khawarij dan Mu’tazilah mendustakan enam perkara ini. Sedangkan Ahlus Sunnah membenarkannya dan merekalah al-jamaah serta hujjah membantah orang-orang yang menyelisihi Ahlus Sunnah."

Sumber: Asy Syariah

Tuesday 14 February 2012

Di sebalik Valentine Day- Pendirian Naib Pengerusi Marsis Pantai Timur



Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi dengan limpahan nikmat iman dan islam yang ada dalam diri kita masing-masing. Dengan nikmat islam dan iman yang kita ada itulah buat bekalan kepada kita untuk persediaan di akhirat kelak. InsyAllah moga-moga ana doakan kepada rakan-rakan sahabat sahabiah serta seluruh warga blog ini agar sentiasa merasa syukur dengan nikmat iman dan islam yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita.

Bersempena tarikh 14 Februari 2012, ana rasa terpanggil untuk menyatakan pendirian ana tentang tarikh ini. Ana rasa semua mungkin sudah sedia maklum disebalik tarikh 14 febuari ini. Sebenarnya kenapa perlunya kita agung-agungkan serta ternanti-nantikan dengan tarikh 14 Februari ini?? Sedangkan setiap hari setiap detik merupakan saat bahagia bersama keluarga serta insan tersayang. Banyak persoalan-persoalan yang timbul, anataranya Apakah itu Valentine Day yang dikaitkan dengan tarikh ini bertepatan dengan apa yang bakal ana bahaskan serba sedikit. Mungkin tidak banyak perkongsian ana dapat nyatakan, kerana mungkin ana bukan orang yang sepatutnya menjadi tempat rujukan berikutan banyak lagi ilmu-ilmu yang perlu ana dalami. Namun demikian, ana rasa terpanggil untuk memberi pendirian ana tentang Hari Valentine Day disebabkan Ramai Mahasiswa/Mahasiswi anak muda kita tersangat ternanti-nanti tarikh 14 Februari. Bahkan ada yang siap menempah hotel, menempah restoran, membeli hadiah, menempah tiket wayang dan pelbagai lagi. Semata-mata kerana tidak sabar untuk menyambut Hari Valentine Day yang di kaitkan dengan Hari Kekasih..

Sahabat Sahabiah sekalian,

Kalau kita renung-renungkan, dalam islam tidak pernah ada istilah hari kekasih, dan sesungguhnya Islam melarang umatnya mendekati zina dan melarang sama sekali hubungan yang luar nikah atau lebih di kenali dengan istilah 'KAPEL". Yang ini menyebabkan ana rasa terpanggil untuk menyatakan serba sedikit ilmu yang ada untuk kita sama-sama kongsikan di ruangan ini. InsyAllah.

Sahabat Sahabiah yang di redhai Allah Sekalian,

“Kenapa sambut valentine tu haram ? kan valentine tu hari untuk kita tunjukkan yang kita sayang kekasih kita..”

sahabat ayuh renungkan ayat Al-Quran surah Al-Isra' ayat 32 yang mafhumnya:

"Dan janganlah kamu mendekati zina, zina itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk"

Sambut Valentine tu haram sebab, kalau kita lihat bahawa sejarah valentine itu langsung tidak ada kaitan dengan sejarah Islam. Kita sebagai seorang muslim wajib menjadikan gaya hidup Islam itu sebagai gaya hidup seharian kita. Kita pun setiap tahun telah didedahkan tentang asal-usul valentine, dan sewajarnya kita sebagai seorang pelajar Islam untuk mengkaji setiap ilmu yang kita dengar sehingga sohih hujung pangkalnya barulah kita boleh ikuti atau amalkan.

Suka saya memperingati bahawa zaman Rasulullah SAW langsung tidak ada sambutan hari kekasih ini. Hari kekasih adalah hari-hari..kekasih kita adalah Allah, Rasulullah SAW, dan keluarga kita, juga sahabat handai kita. Kita berkasih juga atas rantaian ukhuwwah fillah, bukan atas dasar nafsu semata! Padahal kemungkinan, kenyataan tentang kisah Valentine ni adalah rekaan barat semata-mata! Walaupun belum ada sumber yang kukuh tapi boleh jadi, kerana musuh-musuh Islam tidak pernah tidur daripada terus menyerang Islam.

Saban hari akan ada sahaja kes-kes pembuangan bayi, dan saya yakin sambutan valentine day ini juga salah satu punca penyebab pembuangan bayi yang tidak berdosa. Yang dibuang merata-rata, ada yang diratah anjing, malah lubang tandas juga sasaran bagi manusia-manusia kejam ini. Oleh itu, sama-samalah kita menyekat dan memperingati sahabat-sahabat kita di luar sana dan di dalam sini dan meyebarkan tentang mudharat sambutan valentine ini.

Ianya boleh dikukuhkan dengan hadith Nabi SAW ini,

"Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka."


InsyAllah sahabat sekalian marilah sama-sama kita ambil iktibar dan akibat sekiranya kita terus membiarkan mahasiswa/wi di luar sana berterusan dengan kehidupan budaya songsang ini. Sudah tentu makin parah Malaysia negara kita yang tercinta ini. Sudah pasti akan bertambah jumlah anak luar nikah di Malaysia Khususnya. Nauzubillah min zalik... Mohon doa semua sahabat-sahabat semua agar kita semua terhindar dari gejala songsang ini dan moga-moga sama-sama kita memberi pencerahan kepada mahasiswa/wi di luar sana supaya dapat memahami dengan lebih mendalam tentang larangan menyambut Valentine Day. Sarana ana rujuklah mana-mana ust mahupun ustzh supaya mendapat maklumat yang lebih jelas lagi.. InsyAllah...Apapun sahabat semoga sedikit coretan yang tidak seberapa daripada ana sama-sama kita jadikan sebagai tauladan dan pengajaran agar kita dapat beringat sesama kita. Apa yang buruk itu datangnya daripada diri ana dan yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T.

Wallahualam.....

Salam Marsis Sekalian....

Sunday 12 February 2012

Ucapan Tuan Pengerusi MARSIS Pantai Timur





Assalamua`laikum W.B.T kepada semua sahabat-sahabat Marsis. Syukur Alhamdulillah ana panjatkan ke hadrat Ilahi yang telah memberikan kesempatan dan nikmat Islam dan iman yang tidak ternilai harganya ini sebagai bekalan menghadapi kehidupan di dunia yang penuh dengan cabaran serta ujian daripada Allah. Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang sabar dalam menjalani segala mehnah dan tribulasi dalam kehidupan di muka bumi ini sebagai seorang Khalifah Allah yang setia. InsyaAllah.

Dalam kesempatan ini, ana bagi pihak Pimpinan Family Marsis Cawangan Pantai Timur (MPT) ingin mengucapkan “Ahlan Wa Sahlan” ke gedung i`lmu masing2 kepada sahabat-sahabat seperjuangan setelah sekian lama bercuti =).  Semoga ruang masa cuti yang lepas di isi dengan perkara-perkara yang ada manfaatnya untuk diri kita sendiri dan seluruh ummah. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang telah pun menamatkan pengajiannya dengan ucapan tahniah dan selamat berjuang di medan dakwah yang seterusnya.

Di kesempatan ini juga, tahniah dan takziah ana ucapkan kepada pimpinan Family Marsis Pantai Timur khususnya diatas taklifan yang telah di pertanggungjawabkan. Semoga dengan amanah yang diberikan ini dapat kita menilainya sebagai satu tanggungjawab sebagai seorang muslim dalam melaksanakan perintah Allah S.W.T dengan harapan kita semua dapat memberikan komitmen yang baik dalam mengatur dan melaksanakan gerak kerja yang telah diamanahkan. Teringat ana kepada sepotong hadis Nabi S.A.W yang bermaksud :


" sesungguhnya jawatan itu merupakan amanah Allah, dan setiap amanah itu akan dipersoalkan di akhirat kelak, ramai orang yang menyesal akannya, kecuali kepada mereka yang telah melaksanakan tugasnya dengan ikhlas dan jujur ”


Ana yakin semua sahabat-sahabat ana jelas dengan maksud hadis di atas. Harapan ana semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang dapat melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan dengan ikhlas dan jujur sepertimana yang dimaksud di dalam hadis diatas. InsyaAllah.

Tidak lupa juga kepada pimpinan Family Marsis Pusat yang telah banyak memberi bantuan serta sokongan yang tidak putus-putus di atas segala gerak kerja kami yang tidak seberapa nilainya ini diperingkat Cawangan Pantai Timur. Sama-samalah kita berdoa agar sentiasa berada dalam barisan saf yang kukuh dan teratur dalam perjuangan membawa diri kita dan sahabat-sahabat kita di luar sana untuk lebih mengenal Islam dan semoga dakwah Islamiah ini dapat diteruskan hingga ke akhir hayat. InshaAllah.

Akhir kalam, ana mohon seribu kemaafan diatas segala kelemahan dan kekurangan yang pastinya lahir daripada diri ana sendiri. Ana mohon teguran daripada semua pihak agar dengan itu dapat ana berusaha memperbaiki diri ini. Ana akhiri ucapan ana ini dengan Firman Allah S.W.T , mafhumnya:


“ Dan berapa ramai Nabi yang berperang bersama-samanya sejumlah besar daripada pengikut setia yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu serta tidak pula menyerah kepada musuh. Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang sabar.”
                                                                                                                   (surah Ali-Imran: 146)

 “Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan”.
                                                                                                                    (surah An-Nisa: 104)


 Wallahua`lam..sekian.. ^_^


Sunday 15 January 2012

Tautan Mahabbah


 

Asslamu'alaikum

MARSIS PANTAI TIMUR (MPT) dengan kerjasama MARSIS PUSAT akan mengadakan  satu program (TAUTAN MAHABBAH) bagi mengumpulkan siswa/wi Sabah yang berada di kawasan Pantai Timur khususnya. Semua siwa/wi Sabah dejemput untuk sama-sama meyertai program ini...

Berikut maklumat mengenai Program:

Tarikh: 19 & 20 Januari 2012
Tempat : Sri Aur Challet, Melawi, Kelantan
Yuran : RM20.00 ( penginapan & makanan ) 2 hari 1 malam

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Andi : 019 800 1306
Rahman : 014 558 6469
Umie : 013 439 0566