Assalamua`laikum W.B.T kepada semua sahabat-sahabat Marsis. Syukur Alhamdulillah ana panjatkan ke hadrat Ilahi yang telah memberikan kesempatan dan nikmat Islam dan iman yang tidak ternilai harganya ini sebagai bekalan menghadapi kehidupan di dunia yang penuh dengan cabaran serta ujian daripada Allah. Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang sabar dalam menjalani segala mehnah dan tribulasi dalam kehidupan di muka bumi ini sebagai seorang Khalifah Allah yang setia. InsyaAllah.
Dalam kesempatan ini, ana bagi pihak Pimpinan Family Marsis Cawangan Pantai Timur (MPT) ingin mengucapkan “Ahlan Wa Sahlan” ke gedung i`lmu masing2 kepada sahabat-sahabat seperjuangan setelah sekian lama bercuti =). Semoga ruang masa cuti yang lepas di isi dengan perkara-perkara yang ada manfaatnya untuk diri kita sendiri dan seluruh ummah. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat yang telah pun menamatkan pengajiannya dengan ucapan tahniah dan selamat berjuang di medan dakwah yang seterusnya.
Di kesempatan ini juga, tahniah dan takziah ana ucapkan kepada pimpinan Family Marsis Pantai Timur khususnya diatas taklifan yang telah di pertanggungjawabkan. Semoga dengan amanah yang diberikan ini dapat kita menilainya sebagai satu tanggungjawab sebagai seorang muslim dalam melaksanakan perintah Allah S.W.T dengan harapan kita semua dapat memberikan komitmen yang baik dalam mengatur dan melaksanakan gerak kerja yang telah diamanahkan. Teringat ana kepada sepotong hadis Nabi S.A.W yang bermaksud :
" sesungguhnya jawatan itu merupakan amanah Allah, dan setiap amanah itu akan dipersoalkan di akhirat kelak, ramai orang yang menyesal akannya, kecuali kepada mereka yang telah melaksanakan tugasnya dengan ikhlas dan jujur ”
Ana yakin semua sahabat-sahabat ana jelas dengan maksud hadis di atas. Harapan ana semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang dapat melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan dengan ikhlas dan jujur sepertimana yang dimaksud di dalam hadis diatas. InsyaAllah.
Tidak lupa juga kepada pimpinan Family Marsis Pusat yang telah banyak memberi bantuan serta sokongan yang tidak putus-putus di atas segala gerak kerja kami yang tidak seberapa nilainya ini diperingkat Cawangan Pantai Timur. Sama-samalah kita berdoa agar sentiasa berada dalam barisan saf yang kukuh dan teratur dalam perjuangan membawa diri kita dan sahabat-sahabat kita di luar sana untuk lebih mengenal Islam dan semoga dakwah Islamiah ini dapat diteruskan hingga ke akhir hayat. InshaAllah.
Akhir kalam, ana mohon seribu kemaafan diatas segala kelemahan dan kekurangan yang pastinya lahir daripada diri ana sendiri. Ana mohon teguran daripada semua pihak agar dengan itu dapat ana berusaha memperbaiki diri ini. Ana akhiri ucapan ana ini dengan Firman Allah S.W.T , mafhumnya:
“ Dan berapa ramai Nabi yang berperang bersama-samanya sejumlah besar daripada pengikut setia yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu serta tidak pula menyerah kepada musuh. Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang sabar.”
(surah Ali-Imran: 146)
“Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan”.
(surah An-Nisa: 104)
Wallahua`lam..sekian.. ^_^
Alhamdulillah sahabat ana... semoga Marsis pantai timur terus maju dan sukses
ReplyDeleteMashaAlloh, such a warmth welcoming note from Mr. President.
ReplyDeleteI've been called to share this article below right after I read your entry. I'll be sorry if I didn't share it here even though it might be out of track. But since I once heard from one of my kakak naqibah said something like this "Da'wah is number 1 but knowledge is never 2nd", thus I wanna share this with my beloved brothers and sisters =)
This article named AHMAD IMTIHAN by Bro. Idil. Here you go.
BismiLlah.
Setiap soalan ada jawapan jika sungguh-sungguh dicari. Kita perlu menjawab beberapa persoalan hidup agar jawapan kepada persoalan-persoalan itu nanti mampu menjadi pemandu yang akan membawa kita ke destinasi impian semua; kejayaan.
Bagaimana anda memandang peperiksaan atau imtihan? Sudikah kita menerima imtihan sebagai kawan? Mari berkhayal bersama saya seketika. Bayangkan peperiksaan benar-benar menjelma sebagai seorang kawan. Luangkan masa anda sebentar untuk saya kongsikan cerita saya bersama kawan yang bernama ‘Ahmad Imtihan’ @ Imtihan.
Melihat saat-saat indah seseorang menggapai kejayaan, membuatkan akalku ligat meneka, tentu mereka ada hubungan yang istimewa dengan Imtihan. Aku pasti mereka menanam impian untuk bertemu dengan Imtihan sejak dari hari pertama masuk ke kuliah. Aku yakin mereka mesra dan selesa melayan Imtihan. Maklumlah, Imtihan bersikap ‘jual mahal’ dan memilih kawan. Siapa yang lambat panas atau suka bertangguh tidak layak dijadikan kawan.
Setiap hujung tahun aku ingin menemui Imtihan. Tarikh keramat itu telahpun kubulatkan sebesar-besarnya agar aku sentiasa tahu bahawa masa sedang berjalan. Persiapanku harus selari dengan pergerakan masa. Kadang-kadang aku menyesal lalu memarahi masa kerana berjalan laju. Hakikatnya langkahku yang lesu dan kaku. Itulah masa, seronok diisi dengan rehat sehingga datang saat genting, rehat pun tidak seronok lagi. Usahaku mestilah dari awal sehingga akhir!
Peliknya, banyak pula kawan yang ‘murah’ ingin menjadikanku kawan. Mereka duduk di tengah-tengah laluanku yang sedang bersemangat menuju ke arah Imtihan. Siapa yang tidak marah, puas aku berlari semakin dekat aku diekori. Saat aku berenggang dengan Tuhanku, aku pasti tunduk menyerah pada kawan-kawan murahan ini. “Tinggalkan dahulu ilmu, ayuh kita melayan nafsu”, itulah pujukan mereka. Kalaulah mereka tahu bahawa tiada istilah kenyang bagi nafsu tentu dijauhi nafsu itu beribu-ribu batu!
Cukuplah catatan ringkas ini aku garapkan. Hajatku agar kalian mengubah persepsi terhadap Imtihan. Kita yang sedang mencari mereka, bukan mereka yang mengejar dan menghambat kita. Kita wajib bersemuka dengan Imtihan dan ketika itu serahkan diri secara total untuk diuji sejauh mana keikhlasan dan persediaan untuk memenangi hati Imtihan. Imtihan bukan bodoh untuk mengenal kita. Si pemalas, si penangguh dan si penidur semuanya boleh dikenalpasti oleh Imtihan. Aku malu jika dilabel sehina itu!
Seandainya aku mati dan tidak sempat bertemumu imtihan, ketahuilah bahawa aku sudah menjual seluruh hidupku untuk menuju ke arahmu. Tanyalah Allah, tanyalah bebintang dan tanyalah beburung, mereka saksi segala lelahku. Malah aku pasti, redha Tuhanku lebih tinggi daripada persahabatan sementara kita ini wahai Imtihan. Syurganya menanti orang yang gigih dan ikhlas menuntut ilmu walaupun ditakdirkan gagal dalam PEPERIKSAAN. Semoga bertemu Imtihan!
=======
I always believe that a good da'ie is the one who can balance his/her dunya's and akhirah's matter equally. And I've seen my seniors which is excellent in both -- da'wah and academic. I pray to Alloh may He'll make our path easy in doing both in order to gain His redho and enshaAlloh we'll be a good model not only to our family and friend, but also to our future generation enshaALloh. And may our beloved Prophet Muhammad bin Abdullah (pbuh) will be proud of us enshaALloh. Aamin ^^
p/s: have a nice semester ahead!!!!!!!!! =)
tq for sharing this article... :)
Delete