Tuesday 24 April 2012

KEHIDUPAN BAHAGIA DALAM DUGAAN



 

Hidup..
Penuh Dugaan..
Penuh Ujian..
Hidup..
Tak lekang dari cobaan..
Melahirkan airmata hamparan..
Hidup..
Dalam kegelapan..
Teraba-raba mencari kebenaran..
Hidup..
Dalam kesenangan..
Berlumba-lumba mengejar kemewahan..

Lalu di manakah terletaknya kebahagiaan hakiki??
Yang dapat menyelamatkan diri insani..
Dari ditenggelami kehidupan duniawi..
Lalu di manakah kekuatan??
Untuk bisa meneruskan perjalanan..
Di dalam kesesakan dugaan dalam kehidupan..

~Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.
(Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi)

ALLAH SWT berfirman…
ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”
( Al baqarah :286 )

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,.”(Al Baqarah 155)

Subhanallah.. Alhamdulillah…AllahuAkbar
Kini aku mengerti..
Setiap yang terjadi ada hikmah tersendiri..
Allah uji tanda sayang..
Aku harus kuat dan sabar..
Kerna aku pasti…
Akan ada perkara lebih baik menanti…
Ingatlah.. Apa yang ditetapkan Allah untuk kita itulah yang terbaik!.
WALLAHU’ALAM ^____^


Sumber : myibrah.com


Thursday 5 April 2012

SI-SOPAK, SI-BOTAK DAN SI-BUTA



Assalamua'laikum wbt... entry kali ni adalah sebuah kisah yang insyaALLAH dapat memberi pengajaran kepada kita... selamat membaca :)
      
Pada suatu hari Allah memerintahkan malaikat bertemu dengan tiga orang Bani Israil. Ketiga-tiga mereka cacat; seorang botak, seorang sopak dan seorang lagi buta. 
Malaikat yang menyamar seperti manusia itu bertanya si-sopak "Jika Allah hendak kurniakan sesuatu untuk kamu, apakah yang kamu mahu?" Si-sopak menjawab,
             "Saya mahu kulit saya sembuh seperti biasa dan diberi kekayaan yang banyak." Dengan takdir Allah, kulitnya kembali sembuh dan dikurniakan rezeki yang banyak.
 Kemudian malaikat bertanya si-botak soalan yang sama. Si-botak menjawab, "Saya mahu kepala saya berambut semula supaya kelihatan kacak dan diberikan harta yang banyak." Tiba-tiba, dengan kurnia Allah si-botak itu kembali berambut dan diberikan harta yang banyak. 
Selepas itu malaikat bertanya si-buta pertanyaan yang sama. Si-buta menjawab, Saya hendak mata saya dicelikkan semula dan diberikan harta yang banyak." Dengan takdir Allah, mata si-buta menjadi celik dan dikurniakan kekayaan yang melimpah. 
Selang beberapa bulan, Allah memerintahkan semula malaikat untuk berjumpa dengan ketiga-tiga orang cacat itu. Kali ini malaikat menyamar sebagai peminta sedekah. Dia berjumpa dengan orang pertama yang dulunya sopak dan meminta sedikit wang.
'Si-sopak' itu tidak menghulurkan sebarang bantuan malah mengherdik malaikat. Malaikat berkata, "Saya rasa saya kenal kamu. Dulu kamu sopak..dan miskin. Allah telah menolong kamu." Si-sopak tidak mengaku. Dengan kuasa Allah, si-sopak yang sombong itu bertukar menjadi sopak semula dan bertukar menjadi miskin. 
Kemudian malaikat berjumpa dengan si-botak yang telah menjadi kaya dan berambut lebat. Apabila malaikat meminta bantuan, si-botak juga enggan membantu, malahan dia tidak mengaku bahawa dia dulu botak. Oleh sebab sombong dan tidak sedar diri, Allah menjadikan kepalanya botak semula dan bertukar menjadi miskin. 
Malaikat berjumpa dengan orang buta yang telah diberikan penglihatan. Apabila malaikat meminta bantuan, si-buta memberikan keseluruhan hartanya dan berkata, "Ini semua harta pemberiaan Allah. Ambillah kesemuanya. Mata saya yang kembali celik ini adalah lebih berharga daripada kesemua harta ini."
Malaikat tidak mengambil pemberian itu. Dia memberitahu bahawa dia adalah malaikat yang pernah datang dulu. Kedatangannya kali ini ialah untuk menguji siapa di antara mereka bertiga yang bersyukur. 
Si-buta yang bersyukur itu terus dapat menikmati kekayaan dan penglihatannya. Manakala si-sopak dan si-botak kekal dengan keadaannya yang asal. 
               
MORAL & IKTIBAR 


Allah mengurniakan kesenangan dan keselesaan adalah sebagai ujian untuk melihat siapakah di antara mereka yang bersyukur  Manusia yang bersyukur Allah akan tambah kurniaan sebaliknya manusia yang kufur akan diazab oleh Allah Manusia seringkali lupa daratan apabila diberikan kemewahan dan kesenangan Sangat sedikit hamba Allah yang bersyukur Siapa yang tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah Allah memberi kurnia kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menarik nikmat daripada siapa sahaja yang dikehendakiNya Sifat syukur adalah satu sifat yang terpuji, sebaliknya kufur (kufur nikmat) adalah sifat yang dicela oleh Allah.